Pages

NEED MONEY?

infinity

GOLDEN ANGELS

Monday, August 20, 2012

Sedih jugak, kadang2 mereka yang nak masuk MLM ni, sanggup buat pinjaman peribadi dgn bank, mereka bukan mendapat pulangan yg diharapkan tapi dibebani oleh hutang yg berlambak, jadi sebelum masuk MLM ni kta perlu berfikir berkali-kali agar kita tidak ditipu... 
 
Benarkah ramai yang merana setelah menyertai MLM?

MLM atau "Meniaga Larut Malam" seperti yang diungkapkan oleh mereka yang menyertainya merupakan salah satu konsep perniagaan yang terbaik didunia. Sungguhpun begitu, ramai yang kecundang dan kerugian wang yang bukan sedikit setelah menyertai MLM dengan harapan mereka dapat mengubah nasib dan masa depan. Kenapa jadi begitu?

Menjual Impian

Kebanyakan syarikat MLM sebenarnya 'menjual impian' dengan menawarkan 'peluang perniagaan' dan 'kejayaan' mencapai impian setinggi bintang dilangit. Akan tetapi, ramai yang tidak melihat bahawa disebalik tawaran mencipta kejayaan tersebut ada sesuatu yang bakal menenggelamkan segala cita2 dan impian mereka yang bakal menyertai industri MLM itu.
Picture
Betulkah Mudah Menjalankan Bisnes MLM?
Apakah benar bahawa MLM merupakan kaedah paling mudah untuk mencapai impian? Berapa ramai kah mereka yang berjaya mencapai segala impian dan cita-cita melalui MLM? Dimana mereka sekarang? Berapa peratuskah yang benar-benar berjaya dan berapa peratus pula yang kecundang?

Hakikat yang tidak diketahui oleh semua orang ialah peratus yang berjaya didalam mana-mana syarikat MLM tidak sampai pun 2% manakala yang GAGAL melebihi 98% dari ahli yang menyertai syarikat MLM tersebut. Yang untung sebenarnya ialah syarikat dan pemiliknya. Tak percaya? Mari kita tinjau sedikit.

Picture Struktur MLM

MLM mempunyai struktur berbentuk Piramid seperti juga mana-mana Skim Piramid yang tidak sah. Didalam mana-mana skim, baik MLM atau Piramid, HANYA mereka yang berada di puncak sahaja yang benar2 berjaya 'mencapai impian' atau 'mencipta kejayaan' dengan memandu kereta mewah, membeli banglo yang besar dan memiliki harta yang berkoyan manakala mereka yang berada di bawah Piramid itu terpaksa 'menanggung beban' untuk mengekalkan status 'kejayaan' upline mereka. Itulah hakikat yang sering kita lihat di mana-mana syarikat MLM yang beroperasi diseluruh dunia.


Kejayaan sementara

Kita melihat, sejak dari tahun 60-an sampai kini, mereka yang dikatakan berjaya mencipta kejayaan dalam industri MLM yang semakin berkembang ini hanya berjaya bertahan beberapa tahun sahaja. Sebabnya, bila ramai yang kecundang dan keluar dari syarikat MLM yang diceburi maka Upline tadi akan kehilangan sebilangan besar ahli yang selama ini bekerja keras untuk mencipta kejayaan seperti 'Pemimpin' mereka (sambil menambah pendapatan 'Pemimpin" tersebut) kerana menyedari mereka tidak akan dapat mencapai impian untuk hidup mewah seperti Pemimpin tersebut.

Jangan Tipu Diri

Saya yakin setelah membaca apa yang saya tulis diatas, ramai mereka yang bergelar 'Pemimpin" (the so called leaders) akan mencemuh dan menafikan kenyataan tersebut. Mereka sebenarnya tahu bahawa MLM adalah peluang untuk membuat duit dengan banyak dalam masa yang singkat dan selepas perniagaan tersebut menjadi tepu kerana lebih ramai ahli dari pembeli dan ahli pula terpaksa pulak membuat belian bulanan atas alasan untuk MAINTAIN PV/BV (atau apa saja nama yang diberikan untuk point dalam syarikat yang disertai), maka berduyunlah ahli yang akan meninggalkan syarikat dan 'leader' mereka yang dah kaya raya dalam jangkawaktu antara 8 bulan hingga setahun.

Kenapa setahun?

Seperkara yang MESTI diketahui oleh SEMUA ORANG yang ingin sebelum memasuki MLM ialah dimana-mana syarikat MLM dalam dunia ini, akan berlaku situasi tepu dimana akan terdapat lebih ramai pengedar berbanding pembeli dan ini akan menyebabkan sistem MLM yang kononnya yang terbaik didunia itu GAGAL memberikan pulangan yang diharapkan. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat MLM akan mencapai status tepu setelah 8 bulan beroperasi dan pada waktu tersebut syarikat terpaksa mencari dan menambah bilangan ahli untuk memenuhi kuota jualan syarikat atau menghadapi risiko ditutup sebab tiada ahli dan tiada pembeli.


Maka dikerahlah segala tenaga dari Upline atau Leader hingga kepada yang baru menyertai syarikat MLM tersebut untuk 'menjalankan perniagaan anda dengan betul' iaitu mencari downline dengan ramai kalau ingin berjaya. Mereka yang masih bersemangat pun mulalah keluar mencari ahli baru hari demi hari hingga akhirnya kecewa kerana tiada atau tidak ramai orang yang ingin menyertai mereka.
Mereka yang buat MLM selama lebih dari setahun tapi masih jugak tak kaya-kaya adalah mereka yang kurang bijak dalam membuat pilihan hidup kerana membeli barangan yang jauh lebih mahal daripada yang berada di pasaran dan belum tentu lebih baik daripada apa yang ada dipasaran.


Impian dijual, masa depan tergadai

Ramai yang telah berjaya 'dijual' oleh syarikat MLM dengan menjual IMPIAN UNTUK BERJAYA kepada mereka dan terlalu ramai yang kecundang, kecewa, menanggung hutang dan masalah lain setelah berjaya untuk gagal didalam MLM.


Sekian untuk kali ini. Insya Allah kita akan berjumpa lagi dengan kupasan selanjutnya mengenai dunia MLM

bersambung dengan tajuk 'Jangan tertipu lagi' dikeluaran akan datang....

No comments:

Post a Comment